KARiSTA, medan untuk pilih pasukan staf UiTM ke Sukanun

Shah Alam – Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) bermula kelmarin hingga 2 Februari di Kampus Segamat.

Pegawai Sukan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail berkata, karnival adalah kerjasama UiTM Johor melibatkan 1,520 atlet dan pegawai.

Pegawai Sukan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail

Menurutnya, golf membuka tirai KARiSTA dalam 16 acara termasuk bola sepak, bola sepak veteran, bola jaring, pingpong, bola tampar, catur, karom serta badminton.

“Karnival sukan ini juga diadakan bagi meningkatkan hubungan ukhuwah dalam kalangan staf seluruh sistem UiTM, selain sebagai menjadi program ‘happiness index’ universiti dalam usaha meningkatkan produktiviti warga kerja UiTM,” katanya dalam satu kenyataan media.

Shahrin berkata, pada masa sama karnival sukan ini menjadi medan untuk memilih pasukan staf UiTM ke Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) yang dijangka berlangsung Julai nanti.

Menurutnya, majlis perasmian pembukaan akan disempurnakan oleh Rektor UiTM Johor, Prof Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar pada 29 Januari dan majlis penutup akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM pada 1 Februari.

 

Sumber: https://kampusuols.com/article/424229/U-In-News/SEL-KL/KARiSTA-medan-untuk-pilih-pasukan-staf-UiTM-ke-Sukanun

1
0