Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Kemudahan Perkhidmatan Infrastruktur Dan Infostruktur UiTM 2019

Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap Kemudahan Perkhidmatan Infrastruktur dan Infostruktur UiTM ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan yang telah disediakan oleh PPII. Selain itu, kaji selidik ini juga bertujuan untuk penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan melalui instrument yang dibangunkan.

Oleh yang demikian, dimohon semua warga UiTM dapat meluangkan masa untuk melengkapkan Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap Kemudahan Perkhidmatan Infrastruktur dan Infostruktur UiTM 2019. Kaji selidik ini akan dilaksanakan secara atas talian bermula pada hari ini sehingga 30 September 2019 dan ianya boleh dicapai di pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdvHR92p2dpziGEPE-WWfaorrLKpFFQ3jU6J1PfYYsjKIICTQ/viewform Sila salin (cut & paste) pautan tersebut ke pelayar web (web browser). 

Boleh juga menggunaka scan QR code dibawah:

Semua maklumat berikan dianggap sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. Kami menghargai kerjasama dan komitmen yang telah diberikan untuk menjawab kaji selidik ini dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sebarang pertanyaan, boleh dimajukan ke alamat di bawah:e-mail: kamaliyah@uitm.edu.my

Website: https://ppii.uitm.edu.my

Aduan berkenaan ICT, sila gunakan: http://aduanict.uitm.edu.my

0
0