Jurutera Masuk Desa (JUMDESA) 6.0 2019 oleh FKA

Program ‘Jurutera Masuk Desa (JUMDESA 6.0)’ merupakan program yang berkonsepkan akademik, khidmat masyarakat, ilmiah dan berbentuk program keluarga angkat.

Program ini memerlukan kerjasama daripada keluarga angkat, penduduk setempat serta para pelajar dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah membaik pulih rumah-rumah asnaf, gotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan kampung serta masjid, ceramah agama dan melukis mural pada dinding sekolah masjid dan juga karnival sukaneka yang terbuka kepada semua pelajar-pelajar daripada kampung Sungai Megat Aris, Bagan Tiang tanpa mengira umur.

Program ini membolehkan para peserta mempelajari budaya dan adat resam di kampung tersebut di samping mengamalkan ilmu kejuruteraan yang sedia ada untuk dipraktikan semasa program ini berlangsung.

Penganjur: Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA) dengan kerjasama MPKK Sungai Megat Aris dan Kementerian Negeri Perak
Tempat: Kampung Sungai Megat Aris, Bagan Tiang, Perak
Tarikh: 30 April – 5 Mei 2019

Foto yang menarik sepanjang penganjuran JUMDESA:

0
0