JPK, NUSA, dan BSMM Berganding Bahu Jayakan Program Kesedaran Kesihatan Lelaki

PUNCAK ALAM, 19 Januari 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor menganjurkan Program Men’s Health Awareness yang dijalankan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana (JPK), Nursing Student Association (NUSA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Program ini dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, dengan kehadiran Encik Muhammad Hamdi Othman selaku penasihat program. Selepas majlis perasmian, Rektor turut mengadakan lawatan ke reruai pameran kesihatan.

Pelbagai maklumat kesihatan lelaki dikongsikan sepanjang program, termasuk pemeriksaan kesihatan asas, tips gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit kronik. Objektif utama program adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan lelaki dalam kehidupan seharian.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menyumbang kepada kesejahteraan individu, malah membentuk komuniti yang lebih sihat dan bermotivasi.