Jom Sihat KEKITA 2019

Peserta dan fasilitator Jom Sihat KEKITA 2019

Program Jom Sihat KEKITA 2019 anjuran KEKITA dengan Kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah diadakan di Ruai Pengawa dan Kompleks Sukan Kampus Samarahan. Program yang dikendalikan oleh Biro Sukan KEKITA ini merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan staf terlibat dalam aktiviti bersenam dan sekali gus mewujudkan kesedaran kepada staf tentang pentingnya senaman dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Penyertaan Jom Sihat KEKITA 2019 ini adalah terbuka kepada semua staf UiTM Cawangan Sarawak yang mana fasilitator program adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Cawangan Sarawak.

Objektif program adalah untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan staf, mengamalkan budaya “Sporting Campus”, berkongsi kepakaran mahasiswa dan mahasiswi UiTM serta menjadi platform sebagai pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM kepada sektor perindustrian.

Jom Sihat KEKITA 2019 yang dijalankan secara bersesi telah disertai oleh seramai 26 orang staf dari pelbagai unit, bahagian dan fakulti. Ia telah diadakan pada 21 Jun 2019 (weight-in dan latihan), 28 Jun 2019 (latihan), 5 Julai 2019 (latihan), 12 Julai 2019 (latihan), 19 Julai 2019 (latihan) dan 4 September 2019 (weight-in) di mana setiap sesi latihan merangkumi Tabata, Zumba dan Cardio Training.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Jom Sihat KEKITA 2019 telah diadakan pada 5 September 2019 bagi menghargai semua peserta dalam memberikan komitmen dan berusaha ke arah amalan gaya hidup sihat untuk penurunan berat badan bagi mencapai sasaran berat badan ideal.

Para pemenang bagi program ini adalah Pn Eda Tua (Johan), En Mohd Azhar Abu Bakar (Naib Johan), Nurdiana Abdullah (Ketiga), Aima Sumiyati Binti Maliki (Keempat) dan Yusuf Melian (Kelima). Para pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM200.00 (Johan), RM150.00 (Naib Johan), RM100.00 (Ketiga) dan RM50.00 (Keempat dan Kelima).

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Presiden KEKITA, Dr Kamaruddin Jaraee. Turut diadakan pada majlis tersebut adalah Fitness Dance ‘Ladies Day’.

Fitness Dance ‘Ladies Day’

Foto berkaitan:

0
0