Jemputan Sesi Webinar Women In Search Of Excellence (WISE)

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah dan Unit Perkhidmatan OKU UiTM akan menganjurkan Webinar Women in Search of Excellence (WISE). Pengisian program ini merangkumi sesi webinar yang akan disampaikan oleh 6 panel jemputan yang berpengalaman dalam bidang sukan.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, manakala DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil akan menyempurnakan majlis penutupan webinar ini.

Maklumat webinar adalah seperti berikut:

*Program: Women in Search of Excellence (WISE)*

*Tarikh: 27 Januari 2022*

*Platform: Cisco Webex*

*Link: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m74419319391460f094b62c014b546364*

*Panel Sesi 1*

1) YBhg. Datuk Zaiton Othman (Bekas Jaguh Heptathlon Malaysia)
2) YBhg. Datuk Marina Chin (Bekas Ratu Trek Negara)
3) YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi (Bekas Atlet Menembak Paralimpik Malaysia)

*Panel Sesi 2* 

1) Cik Juni Karimah Noor Jamali (Atlet Olimpik Negara: Acara Perahu Layar)
2) Puan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Olimpik Negara: Acara Menembak)
3) Cik Anis Amira Rosidi (Atlet Olimpik Negara: Acara Keirin Berbasikal)

Sijil penyertaan dan jam latihan staf disediakan.