Jelajah Anak Muda UiTM Perkukuh Hubungan di antara Universiti Dalam dan Luar Negara

Seramai 2 orang mahasiswa dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Agroteknologi (Bioteknologi Tumbuhan), Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah terpilih mewakili UiTM dalam Program Jelajah Anak Muda ke Indonesia anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pada 8 – 12 Julai 2019 di Jakarta, Indonesa.

Program seperti ini dapat melahirkan Mahasiswa UiTM khususnya sebagai mahasiswa  yang mampu berfikiran kritis kearah melahirkan generasi anak muda setanding negara-negara maju. Dalam pada itu, program yang disertai mahasiswa ini melibatkan pelbagai Universiti dari dalam Negara dan Luar Negara.

Sepanjang program ini diadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya bertukar pendapat antara mahasiswa, membincangkan isu-isu anak muda khususnya mahasiswa di Universiti dan sebagainya. Pelajar yang terlibat ialah Saudari Ezra Zulia a/p Udin dan Saudari Nur Azzyati binti Yahaya pelajar tahun kedua AT226

1
0