Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Negeri Pahang Peringkat Daerah Maran di UiTM Cawangan Pahang

Jengka – Dianggarkan lebih tiga ribu pengunjung yang telah menghadiri siri Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ini yang berlangsung selama dua hari bermula pada 26 Oktober 2022 sehingga 27 Oktober 2022. ANMS diwujudkan bagi menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Objektif utama ANMS ini diadakan adalah untuk membudayakan hidup sihat & kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan dan sebagai pakej sepanjang hayat bagi manfaat kepada rakyat melalui pembudayaan hidup sihat.

Buat pertama kalinya, Jelajah ANMS Siri ke-2 dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama- sama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah diadakan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. UiTM telah menjadi rakan strategik yang mana pelaksanaan ANMS melibatkan usaha rakan strategik untuk mendapatkan komitmen dan penyertaan semua pihak agar mencapai matlamat dan halatuju ANMS secara menyeluruh.

Antara acara-acara yang telah dijalankan sepanjang Jelajah ANMS adalah seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, Fun Run, Fun Ride, SAIEF Aerodancethon , Pertandingan Lompat Tali & Senam Sihat yang telah disertai warga UiTM CPh telah menjadi johan bagi Pertandingan Lompat Tali kategori IPT (PROSIS), johan bagi Pertandingan Senam Sihat kategori IPT (PROSIS) dan tempat ke-2 pemenang Plogging SWCorp iaitu Encik Ahmad Fauzi Othman @ Awang ,Pensyarah Pusat Pengajian Industri perkayuan UiTMCPh kerana telah berjaya mengumpulkan (bahan buangan) sebanyak 117.39kg.

YBrs. Prof. Madya Dr. Nazirah Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, mewakili Rektor UiTMCPh telah menerima Plak Komitmen ANMS sebagai Rakan Strategik dari Pengarah JKNP,YBhg. Dato’ Dr Nor Azimi Binti Yunus sebagai tanda terima kasih dan sokongan program Jelajah ANMS. Jelajah ini diakhiri dengan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring diantara UiTM CPh dan Pihak Pusat Kesihatan Daerah Maran.