Jelajah Adiwangsa Siri 9

MACHANG, 1 Disember – Delegasi Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa (PPA) yang diterajui oleh Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), bersama barisan Eksekutif PPA, telah melaksanakan sesi libat urus menerusi Jelajah Adiwangsa Siri Ke-9 bertempat di UiTM Cawangan Kelantan pada 11 November 2024. Ketibaan delegasi ini disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Kelantan, bersama barisan Eksekutif dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kelantan.

Jelajah ini bertujuan untuk memperincikan tadbir urus dan fungsi strategik Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa sebagai pemangkin kecemerlangan institusi. Selain itu, untuk mengukuhkan sinergi dan kolaborasi strategik dalam merealisasikan agenda transformasi 3R UiTM yang melibatkan elemen Royal, Religion, dan Race, sejajar dengan matlamat pemerkasaan holistik UiTM seta mengenal pasti solusi efektif terhadap isu-isu strategik berkaitan 3R. Usaha ini sekali gus memperkukuh peranan UiTM sebagai institusi unggul yang berpaksikan nilai kebitaraan kebangsaan. Sesi ini juga membuka ruang untuk percambahan idea bernas dan perbincangan konstruktif yang berimpak tinggi yang menjurus kepada pengukuhan komitmen bersama dalam memacu agenda Pemerkasaan Adiwangsa ke arah keberhasilan yang lebih lestari dan inklusif.

Penulis:
Dr. Mohd Miqdad Aswad Ahmad
Pengerusi Adiwangsa
UiTM Cawangan Kelantan