Jawatankuasa Teknikal dan Keselamatan bagi Program Kayak Kemerdekaan Rakan Muda 2022

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson, Sekretariat Rakan Muda Port Dickson dan Kelab Rakan Muda Telok Kemang telah menganjurkan Program Kayak Kemerdekaan Rakan Muda 2022 pada 31 Ogos 2022 sehingga 03 September 2022. Program selama 4 hari 3 malam bermula di Pantai Cermin, Port Dickson ke Tanjong Bidara, Melaka (pergi balik – dua hala) ini melibatkan seramai 30 peserta kayak daripada Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pensyarah dan alumni daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari 3 buah kampus di ketuai oleh Encik Mohd Shariman Shafie (Seremban 3), Encik Mohamed Azizul Mohamed Afandi (Jengka), Encik Mustakim Hashim (Shah Alam) dan Encik Muhammad Amyrul Abdul Ladi (alumni) turut serta dan terlibat selaku Jawatankuasa Teknikal Dan Keselamatan dalam menjayakan program ini. Agensi – agensi lain yang bertindak di bawah jawatankuasa yang sama juga terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Port Dickson, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Di Raja Malaysia dan Pejabat Laut Daerah Port Dickson.

Pengiktirafan agensi – agensi luar di dalam perkongsian bidang kesepakaran dan pengalaman di dalam program ini dapat mengukuhkan usahasama pihak Fakulti dan UiTM khususnya kearah yang lebih proaktif dalam membudayakan nilai SDG tanpa membataskan peranannya hanya sebagai pusat penyebaran ilmu.

Penulis: Mohamed Azizul Bin Mohamed Afandi, Mohd Shariman Bin Shafie, Mustakim Bin Hashim & Muhammad Amyrul Bin Abdul Ladi.