Jalinan Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dengan Sarawak Timber Industry Development Corporation

Pada 23 Mac 2018, telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), bertempat di  Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak.

 

Majlis ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Hutan Antarabangsa Negeri Sarawak yang telah diresmikan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah, Timbalan Ketua Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Ali. Pertukaran MOU ini di wakili oleh Prof Dr Zakiah Ahmad, Fakulti Kejuruteraan Awam.

Selain itu, Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan bekerjasama dengan PESAKA, Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu.

MOU ini dirancang bagi meningkatkan jalinan usahasama antara Fakulti Kejuruteraan Awam dengan STIDC terutamanya didalam aktiviti penyelidikan, latihan, pembangunan standard dan lain-lain yang berkaitan dengan kejuruteraan perkayuan.

Oleh yang demikian, kerjasama yang terjalin ini memberikan faedah serta kebaikan kepada bidang akademik serta industri dalam merealisasikan agenda universiti untuk masyarakat dan industri.

Tarikh: 23 -03-2019
Tempat: Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak
Penglibatan: 500- staf, pelajar, industri

0
0