JACK ‘n JILL Cream-O Berkerjasama Dengan UiTM Untuk Menjadikan Komuniti O-some!

Melalui kempen ‘Jack ‘n Jill Cream-O Sama-Sama O-some’, Cream-O telah begabung tenaga bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi melaksanakan satu program jangkauan masyarakat mengujakan yang dinamakan ‘Projek Komuniti O-some’.

Sambil menikmati biskut sandwic Cream-O kegemaran mereka, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat secara tidak langsung telah melibatkan diri dalam kempen ini. Dengan menyertai peraduan Jack ‘n Jill Cream-O Sama-Sama O-some, yang telah diadakan dari 1 Mac hingga 15 April 2021, para peserta bukan sahaja telah meraih hadiah yang menarik, malah pada masa yang sama mereka telah menyumbang kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’, iaitu tabung yang dimanfaatkan untuk tujuan perancangan, pengkonsepan dan pelaksanaan projek komuniti tersebut, yang akan diselia oleh seorang mentor daripada Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam.

Pada ketika ini sekumpulan pelajar UiTM sedang merancang dan mengkonsepkan satu projek komuniti yang O-some. Mari kita sama-sama menantikan pengumuman projek tersebut dan mengikuti perlaksanaan projek itu melalui saluran sosial media ini.

Jom kita sama-sama Jadikan Setiap Hari O-some!