Jabatan Undang-Undang UiTM Perak Laksanakan Sesi Pengajaran Kolaboratif untuk LAW346

TAPAH, 15 Januari 2025 – Jabatan Undang-Undang UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah berjaya menganjurkan program pengajaran kolaboratif bersama 200 pelajar kursus Pengenalan kepada Undang-Undang Perkongsian dan Syarikat (LAW346) secara atas talian.

Program pembukaan JUU Tapah tahun 2025 ini disertai pelajar dari kampus Tapah dan Seremban melalui Google Meet dari jam 8.30 malam hingga 10 malam, sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir pada 5 Februari 2024.

 

Pensyarah dari Kampus Seremban, Puan Hazlina Mohd Padil, berkongsi ilmu tentang proses mesyuarat syarikat mengikut Akta Syarikat 2016, merangkumi aspek sebelum, semasa, dan selepas mesyuarat. Sesi selama dua jam ini mencapai Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) berkaitan pendidikan berkualiti.

Pelajar menunjukkan penglibatan aktif dengan bertanya soalan substantif dan prosedur berkaitan mesyuarat syarikat, yang dijawab dengan jelas oleh Puan Hazlina. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pelajar dan membantu persediaan peperiksaan.

Dr. Farihana Abdul Razak, ketua projek, turut dipuji atas usaha menjayakan program ini. Pihak JUU berharap pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kerjaya masa hadapan dan mencapai keputusan cemerlang.

Penulis bersama: Nurul Izzati Md Rashid, Puan Afidah Osoman, Dr Mohd Lotpi Md Yusob