Istiadat Pentaulihan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Siri ke-38

Istiadat Pentaulihan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Siri ke-38

JOHOR BHARU 3 Ogos-Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai muda yang baru ditauliahkan pada Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan siri ke-38.  Istiadat Pentauliahan ini telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Mejar General Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Tanggungjawab menjalankan Istiadat Pentaulihan Diraja pada tahun ini telah digalas oleh UTM. Istiadat ini berlansung di Dataran UTM melibatkan 16 detasmen daripada 18 universiti awam dan satu universiti swasta.

Pegawai kadet yang ditauliahkan adalah seramai 1560 yang terdiri daripada 881 orang Tentera Darat, 330 orang Tentera Udara Malaysia dan 349 orang Tentera Laut Malaysia. Universiti Teknologi  MARA (UiTM) menghantar seramai 162 Pegawai Kadet terdiri daripada 75 orang Tentera darat, 53 Tentera Udara dan 34 Tentera Laut.

Usai Majlis Perbarisan pada pagi itu, pengurniaan watikah kepada Pegawai Muda yang ditauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail telah dilaksanakan di Dewan Sultan Iskandar.

Foto berkaitan:

0
0