Istiadat Konvokesyen Ke-93 2022 UiTM Cawangan Sabah (UiTMCSH)

Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93 telah diadakan pada 30 Jun hingga 1 Julai 2022 bertempat di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah (UiTMCSH) kampus Kota Kinabalu. Majlis Istiadat Konvokesyen ini merupakan sesi penganugerahan diploma dan ijazah yang tertangguh disebabkan oleh pandemik covid-19.

Pada 29 Jun hingga 1 Julai 2022 merupakan maraton aktiviti yang panjang bagi team Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP). Dari segi pengurusan, persiapan hinggalah penyediaan alat muzik, pentas serta alat kelengkapan orkestra muzik gamelan dibuat dalam menjayakan Istiadat Konvokesyen ke-93. Oleh itu sebelum sesuatu persembahan diadakan, rutin harian Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) adalah menjalani latihan setiap malam dan sesi perbincangan bersama En. Noradzely Amat Darmawi agar persembahan berjalan dengan lancar. Beliau merupakan Ketua Unit Kebudayaan merangkap pengerusi JK Persembahan Konvokesyen. Penyelarasan dan koordinasi persembahan dirangka oleh beliau.

Matlamat utama Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) melakukan segala persiapan dan persediaan ini adalah dengan 1 tujuan sahaja iaitu ingin bersama- sama menjayakan dan memastikan kelancaran perjalanan Istiadat Konvokesyen Ke-93 UiTM Cawangan Sabah.