International Workshop on ‘Smart and Sustainable Green Infrastructure (IWSSGI 2019)

Seminar ini adalah anjuran bersama School of Infrastructure, BS Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology, INDIA, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS). Bengkel ini di adakan pada 3 – 4 April 2019 di BS Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology, Chennai, INDIA.

Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 100 peserta dari seluruh pelosok India dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor BS Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology (CRESCENT).

Seminar ini telah dihadiri oleh Dr. B. Suresh, CEO and manging director, M/S Mahindra Consulting Engineers Pvt. Ltd, Chennai, sebuah syarikat automobil dan rangkaian perniagaan lain termasuk pembinaan yang terbesar di India.

Dr. Suresh juga telah membentang kertas kerjanya bertajuk ‘Rural Sustainability”, sebuah projek yang dibiayai oleh Kerajaan India untuk membangunkan perkampungan di Mali, Afrika.

Kertas kerja juga dibentangkan oleh Profesor Dr. Zakiah Ahmad, Dekan dan Profesor Dr Hamidah Mohd. Saman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang masing-masing bertajuk “Development of Standards for Timber Structures using Tropical hardwoods for Sustainable Future through Timber Construction” dan “Smart materials and Artificial Intelligence: Construction Technology’s Next Frontier”.

Kehadiran delegasi dari UiTM telah diterima baik oleh pihak CRESCENT. CRESCENT adalah universitI kedua terbaik di India. Pelbagai aktiviti kolaborasi akan dirangka bersama seperti permohonan geran penyelidikan bersama tiga Negara di bawah dana yang diberikan oleh Kerajaan India.

Kedua-dua institusi juga telah berkongsi maklumat tentang kurikulum akademik, kepakaran staf akademik masing-masing. Memandangkan program Kejuruteraan Awam di CRESCENT sudah mendapat pengiktirafan Washington Accord, maka pertukaran pelajar dari kedua-dua institusi boleh dilaksanakan.

Begitu juga dengan pertukaran staf akademik diantara kedua-dua pihak kerana masing-masing mempunyai kepakaran yang hampir serupa. Lawatan ke Indian Institute Technology (IIT) India juga membuka dimensi baru kepada kerjasama antara UiTM, CRESCENT dan IIT.

Begitu juga kerjasama tiga institusi iaitu UiTM, CRESCENT dan Mahindra M/S Mahindra Consulting Engineers Pvt. Ltd (Mahindra) akan dilaksanakan. Ini termasuklah menghantar pelajar FKA menjalani latihan industri di Mahindra dalam bidang pembangunan ‘Smart City”.

Bilangan peserta: Dekan FKA, Timbalan Dekan TDPJI FKA, Pengarah MIROS, 100 peserta antrabangsa

0
0