International Webinar Series: Higher Education Students Edition

International Webinar Series dengan temanya “Higher Education Students Edition” merupakan sebuah program anjuran utama iaitu Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana dengan penganjuran bersama JPK Perindu UiTM Shah Alam, JPK Mat Kilau UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan JPK Casuarina UiTM Puncak Alam. Majlis Perasmian dan Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, YBhg. Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi.

Program ini telah berlangsung pada 17 Jun 2021 hingga 21 Jun 2021 yang menggunakan platform Facebook Live di semua halaman Facebook rasmi pihak pengajur bersama. Program berperingkat antarabangsa ini telah berjaya mengumpulkan seramai 44 rakan kerjasama dan berjaya mendapatkan sebanyak 13,763 jumlah tontonan sepanjang siri webinar ini berlangsung. Seramai 5,985 orang pelajar IPT seluruh Malaysia dan 38 orang pelajar antarabangsa terlibat sebagai peserta program ini. Selain itu, matlamat PI Bahagian Hal Ehwal Pelajar juga telah tercapai antaranya ialah PI No 42. Bilangan Pelajar Yang Terlibat Dalam Program Antarabangsa dan PI No. 51 Bilangan Program Yang Berkaitan Dengan Kesejahteraan Emosi. 5 buah krateria SDG (Sustainable Development Goals) iaitu No. 3 Good Health and Well-Being, No. 4 Quality Education, No. 5 Gender Equality, No 16. Peace, Justice and Strong Institution dan No 17. Partnership For the Goals.

Menurut Pengarah Program, Saudari Nurul Asyiqin Mazlan (Yang Dipertua JPK Jasmine Sesi 2020/2021), sokongan penuh dan kerjasama yang diterima daripada pihak luar terutamanya organisasi dalam kalangan rakan kolaborasi mahupun rakan strategik terhadap program ini amat membantu dari segi penyebaran informasi program dan juga pelaksanannya. Pencapaian dan jumlah penyertaan yang besar untuk turut menjadi bukti salah satu kejayaan program ini. Dalam pada itu, penganjuran program ini juga secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada para jawatatankuasa pelaksana yang juga merupakan pelajar-pelajar tentang cara merancang, melaksanakan dan mengendalikan sesebuah program.