Pengajaran Kolaboratif Antarabangsa Bersama Institut Kesihatan Rajawali(IKR), Bandung, Indonesia

 

Bertam, 13 November 2024 – Program Diploma kejururawatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah menganjurkan International collaboration teaching dengan Institut Kesihatan Rajawali(IKR), Bandung, Indonesia secara online. Program ini merupakan salah satu agenda dalam MoU, menggalakkan dan mengukuhkan rantaian hubungan dengan institusi-institusi luar negara dalam memperluas lagi hubungan internalisma.  Ianya merupakan Collaborative Teaching Models 2: Delivery Collaboration Between Countries (Universities) di mana ketua projek ialah Dr. Rusnani Ab Latif, bagi kod khusus NUR310(Community in Nursing) yang terdiri daripda 34 pelajar kejururawatan semester 5. Pensyarah jemputan ialah Dr. Erni Hernawati  dengan topik “Safe motherhood initiative-Maternal Health care and family planningr”. Menurut Dr. Erni Penduduk Indonesia adalah semua orang yang bertempat tinggal di wilayah wilayah Indonesia selama 6 bulan atau lebih dan/atau penduduk yang bertempat tinggal kurang dari 6 bulan tetapi bermaksud menetap (BPS, 2017).

Indonesia mempunyai penduduk terbesar, iaitu kelima terbesar di dunia. Kadar pertumbuhan pesat. Menurut bancian penduduk 1980, kadar pertumbuhan penduduk tahunan Indonesia ialah 2.32%. Ini bermakna majoriti penduduk terdiri daripada kanak-kanak yang masih memerlukan pelbagai keperluan.Taburan penduduk di Indonesia tidak merata. Kira-kira 65% penduduk Indonesia berada di Pulau Jawa, manakala penduduk di luar Jawa hanya 35%.Pertumbuhan penduduk dan hubungannya dengan pendidikan dan pekerjaan (Bidarti, 2020).Persatuan Keluarga Berencana Indonesia (PKBI) telah ditubuhkan pada 23 Disember 1957 di Jl. Sam Ratulangi No 29, Jakarta, dicetuskan oleh Dr Soeharto yang disokong oleh Prof Sarwono Prawirohardjo, Dr H.M. Judono, Dr Hanifa Wiknjosastro, dan Dr Hurustiati Subandrio (Sulistyawati, 2011). Perkhidmatan yang disediakan termasuklah nasihat perkahwinan, termasuk pemeriksaan kesihatan bagi bakal suami isteri, pemeriksaan dan rawatan kemandulan dalam perkahwinan, dan pengurusan kehamilan (Sulistyawati, 2011).Program perancang keluarga perlu dijalankan secara berkala dan terancang ke arah merealisasikan matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan (Sulistyawati, 2011). Daripada pembelajaran ini, pelajar dapat mengetahui tentang budaya dan adat penduduk Indonesia mengenai perancang keluarga. Pembelajaran kolaboratif adalah pendekatan yang berkesan yang memupuk perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan pelajar untuk manfaat bersama. Pembelajaran kolaboratif menyumbang kepada hasil pembelajaran yang lebih baik, dengan tumpuan pada pemahaman yang lebih mendalam, pengekalan dan pemikiran inovatif. Sesi pengajaran diakhiri dengan soal jawab dan foto Bersama.