Institut Pengurusan Malaysia UiTM tingkatkan profesionalisme ahli-ahlinya

Penerangan dari Afizan Amer.

SHAH ALAM – Peluang untuk menyumbangkan penulisan rencana atau artikel di dalam ruangan media mampu menaikkan imej organisasi.

Penulisan rencana dapat memperkenalkan organisasi kepada khalayak dalam situasi yang terbaik dan berimej positif di mata pembaca.

Menyedari kepentingan penulisan semakin dititikberatkan hari ini, Institut Pengangkutan Malaysia, MITRANS, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Bengkel Penulisan Berita, Rencana dan Artikel pada 2 dan 3 Mei 2019.

Ketua Pembangunan Berterusan Profesional dan Latihan, Dr Wan Mazlina Wan Mohamed berkata, bengkel ini akan memberikan penekanan kepelbagaian gaya bahasa dan teknik penulisan yang betul agar dapat menarik perhatian pembaca kepada isu-isu semasa yang diutarakan.

Bengkel Penulisan Berita, Rencana dan Artikel.

“Organisasi antarabangsa telah lama mengamalkan budaya menggalakkan kakitangannya untuk menulis berita dan rencana untuk mencetuskan perasaan hormat, sayang dan menjaga nama organisasi.

“Kaedah pembudayaan penulisan rencana ini dilihat dapat mendorong kakitangan organisasi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada kakitangan dalaman ataupun kepada umum,” katanya.

Dr Wan Mazlina berkata, organisasi yang memberi pendedahan kepada setiap kakitangan terhadap teknik menulis berita dan rencana akan membantu setiap jabatan mendokumentasi perkembangan mereka.

“Hal ini secara langsung setiap bahan penulisan dapat dijadikan bahan cetak seperti buletin, buku sambutan ulang tahun dan bahan sebaran umum,” katanya.

“Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini isu logistik dan pengangkutan mula menjadi perbualan ramai dan memberikan penerangan yang jelas kepada umum mengenai isu-isu yang timbul, bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan konsep dan format yang sebenar dalam penulisan dapat difahami bagi menerangkan isu-isu semasa mengenai logistik dan pengangkutan,” katanya.

Bengkel ini telah dikendalikan sendiri oleh pihak MITRANS dengan menjemput kolumnis aktif, Afizan Amer.

Bengkel dua hari ini telah disertai oleh pengurusan MITRANS, warga UiTM terbuka kepada serta mereka yang ingin mendalami lagi bidang penulisan.

Oleh: Dr Haji Irwan Ibrahim
Sumber: https://kampusuols.com/article/428938/U-In-News/SEL-KL/Institut-Pengurusan-Malaysia-UiTM-tingkatkan-profesionalisme-ahli-ahlinya

0
0