InQKA menggembirakan anak-anak di Rumah Perlindungan Safiyyah, Puncak Alam

Prof Dr Roziah menyampaikan sumbangan derma kepada wakil Pengurusan Rumah Perlindungan Safiyyah, En Amirul

30 Mac 2019 – Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Kelab Kebajikan InQKA telah menganjurkan acara sukaneka bersama anak-anak Rumah Perlindungan Safiyyah, Puncak Alam.

Penganjuran khidmat masyarakat (University Social Responsibility, USR) itu telah disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor InQKA, Prof Dr Roziah Mohd Janor dengan menyampaikan sumbangan dana serta barangan keperluan kepada wakil pengurusan rumah perlindungan tersebut, Encik Amirul.

Menurut Pengerusi Kelab Kebajikan InQKA, Dr Hayati Abd Rahman berkata sebanyak RM6,500 telah berjaya dikumpulkan hasil kerjasama semua staf di InQKA.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang penghuni Rumah Safiyyah

Tambahan lagi, barangan keperluan turut disumbangkan oleh penaja yang bermurah hati menyokong usaha ini. Antara penaja barangan ialah dari Best Western (I-City) Shah Alam, Emelda Mutiara Catering, Kolej Melati, Total Organization Management Consulting (M) Sdn Bhd dan sumbangan peribadi Prof Madya Dr Azizah Abdullah (UiTM).

Seramai 52 anak yang bernaung di bawah rumah perlindungan ini turut di beri saguhati. Mereka kelihatan sangat teruja dan gembira dengan pemberian tersebut.

Rumah Perlindungan Safiyyah merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGo) berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Masyarakat. Ia mula ditubuhkan pada pada 2012 oleh Puan Mia Husna, pengasas kepada Rumah Safiyyah dan telah dilantik sebagai MAIS-Rumah Pemulihan Aqidah pada tahun 2013 dan memperoleh status JKM-Pusat Jagaan pada tahun 2014.

Mereka telah menempatkan anak-anak yang wajar di beri perlindungan atas arahan perintah mahkamah. Pelbagai lapisan umur di antara 7 hingga 19 tahun berada dalam jagaan Rumah Safiyyah. Mereka diberi perlindungan, pelajaran dan bimbingan agama oleh beberapa guru secara sukarela.

Sukaneka bersama anak Rumah Perlindungan Safiyyah

Program USR selama setengah hari itu amat bermakna buat anak-anak yang sentiasa inginkan interaksi sosial bersama masyarakat. Selain itu, bantuan sumbangan dana sangat diperlukan bagi menampung keperluan seharian seperti makan minum dan perubatan.
Staf InQKA turut merasai pengalaman yang bermakna sepanjang program berlangsung.

Pada tahun lepas, Kelab Kebajikan InQKA telah mengadakan USR di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Kajang. Program USR di Puncak Alam ini merupakan initiatif kedua dan usaha ini akan berterusan dari masa ke semasa.

Foto menarik:

Puan Norul Ain, Prof Madya Rosslina, Prof Dr Roziah, En Amirul dan Dr Hayati
Gambar beramai-ramai antara InQKA dan penghuni Rumah Perlindungan Safiyyah
Anak-anak Rumah Perlindungan Safiyyah, Puncak Alam
Antara pengurusan Rumah Safiyyah menghidang makan tengahari kepada anak-anak.
Anak Rumah Perlindungan Safiyyah
Suasana sekitar program berlangsung.
Puan Ayuni (InQKA) bersama anak istimewa.
Makan tengahari bersama anak-anak Rumah Safiyyah
0
0