Industry Academia Partnership Programme (IAPP) 2019

Delegasi yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Nalini Arumugam, Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM

Kumpulan SMART Aere Perennius yang terdiri daripada Pensyarah pelbagai bidang serta kepakaran rentas fakulti dan cawangan telah dijemput secara rasmi oleh Syarikat DreamEDGE Sdn. Bhd. di Cyberjaya semalam.

Delegasi yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Nalini Arumugam, Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah dibawa melihat demonstrasi Smart Car, melawat ke Engineering Division dan DreamEDGE Prototyping Centre Facilities serta mendengar penerangan dan taklimat mengenai Electronic, Multimedia Mobile Advertising (eMMa) AGV Robot, Technology Knowledge Room (TKR) dan demonstrasi VR Room dan Mixed Reality (MR).

Delegasi juga telah dijemput mengadakan diskusi meja bulat yang berfokus kepada kerjasama strategik di antara Universiti dan Industri selaras dengan IR4.0 dan Education 5.0. Inisiatif ini juga merupakan platform terbaik bagi memperkasakan produk inovasi yang telah dibangunkan seperti Digital Entrepreneurship, Ecomics dan Bear Box.

Hasrat ini telah disambut baik oleh wakil DreamEDGE dan suatu rangka pelan kerjasama strategik akan dicakna pada masa akan datang. Akademi Pengajian Bahasa berharap lebih banyak kolaborasi dengan industri antarabangsa akan diadakan di masa hadapan.

0
0