Industrial Sharing: Water Quality-Challenges and Opportunities

Pahang, 7 Februari 2025 – Satu sesi perkongsian iaitu “Industrial Sharing: Water Quality-Challenges and Opportunities” di antara pihak industri dan pelajar semester 5 Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang yang mengambil kursus ‘Water and Wastewater Engineering’ bagi sesi Oktober 2024 – Februari 2025 pada 13 Disember 2024. Seramai 83 orang pelajar dan 2 orang pensyarah yang mengajar untuk subjek ini telah mengikuti perkongsian ini.

Perkongsian ini dilakukan secara atas talian melalui platform google meet dan disampaikan oleh Dr Hairun Aishah Mohiyaden yang merupakan Penyelidik Utama di Unit Sivil dan Geoinformatik di TNB Research Sdn. Bhd. Beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang kejuruteraan awam dan terlibat dalam pelbagai projek yang melibatkan persampelan kualiti air.

Perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah persampelan kualiti air yang dijalankan di lapangan sebenar serta berkongsi cabaran yang dihadapi semasa proses persampelan dijalankan. Melalui pengkongsian ini, pelajar dapat membandingkan bentuk teori dan praktikal yang diajar di dalam kelas dengan aplikasi sebenar di lapangan serta cabaran yang perlu dihadapi. Ini kerana di dalam era perubahan iklim dan urbanisasi pesat, perhatian serius terhadap sumber air amat diperlukan bagi memastikan kualiti air yang mampan dan dapat digunakan oleh masyarakat sekaligus berupaya untuk memenuhi SDG 6 iaitu Clean Water and Sanitation.

Hasil daripada maklum balas, pelajar amat berpuas hati dengan perkongsian yang dijalankan kerana ia membuka mata mereka mengenai keadaan sebenar yang diaplikasikan di lapangan industri serta mengetahui cabaran dan peluang yang baru dalam bidang kejuruteraan air bersih. Perkongsian ini menjadi salah satu wadah usaha untuk melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam bidang kejuruteraan air bersih yang terbaik untuk masyarakat pada masa hadapan.