19 April 2021: Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), UiTM Cawangan Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan yang wajib diadakan setiap tahun, di mana program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan bagi melahirkan rasa syukur dengan nikmat kesihatan dan rezeki yang dikurniakan. Seterusnya, melahirkan warga PHYTAS yang memiliki sahsiah diri, berbudi pekerti dan berhemah tinggi. Terdapat 4 acara yang berlangsung dalam program ini seperti tadarus Al-Quran, sumbangan anak yatim dan miskin, Ramadhan Open Mic, dan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung selama 3 minggu bermula dari 19 April 2021 hingga 8 Mei 2021.
Tadarus Al-Quran berlasungsung dari 19 April 2021 hingga 7 Mei 2021, dimana setiap pelajar akan dibahagikan pecahan juz mengikut kelas. Sesi tadarus ini bermula dari pukul 3.30 hingga 5.00 petang. Setiap hari sebanyak 2 juz akan dibacakan oleh setiap batch yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan pembaca. Pelajar akan bertadarus di dalam kumpulan masing-masing sepanjang masa yang ditetapkan.
Sumbangan anak yatim dan miskin dijalankan sepanjang program Ihya’ Ramadhan berlangsung. Poster memohon sumbangan telah diagihkan bagi mengutip sumbangan derma dari kalangan pelajar fisioterapi untuk diberikan kepada pelajar yang layak menerima sumbangan. Maklumat pelajar yang diperoleh digunakan bagi mencari pelajar yang layak untuk menerima sumbangan tersebut. Seterusnya wang yang terkumpul akan diagihkan pada hari terakhir Ramadhan.
Ramadhan Open Mic juga berlangsung selama 3 minggu dimana pada minggu pertama beberapa pelajar dicari untuk terlibat dalam acara ini secara sukarela. 5 pelajar telah menyertai Ramadhan Open Mic. Mereka telah diberi pendedehan mengenai kriteria-kriteria yang diperlukan dalam ucapan mereka dan diberi masa selama minggu kedua tersebut untuk menyiapkan rakaman perkongsian seterusnya disebarkan ke media sosial PHYTAS pada minggu ketiga program ini.
Acara terakhir bagi program Ihya’ Ramadhan adalah Majlis Khatam Al-Quran yang mana berlangsung pada 8 Mei dan telah melibatkan sejumlah 13 wakil pelajar dari semua batch untuk membaca surah lazim dari surah Ad-Dhuha sehingga An-Nas. Acara ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Aliff bin Abdul Latir, penasihat PHYTAS.
Program ini merupakan satu program yang penting untuk tujuan bagi menghidupkan bulan Ramadhan dengan perkara ukhrawi tatkala tidak terlepas dari kehidupan harian seorang pelajar. Disamping itu, pelajar yang terlibat dalam program ini dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang dapat mengisi rohani dan memperoleh rahmat dari Allah SWT. Kesimpulanya, semoga penglibatan pelajar serta ahli jawatankuasa program dalam program ini mendapat ganjaran pahala serta keberkatan Ramadhan.