IDP Presentation Day

Pada 22 Jun 2019, bertempat di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, satu program IDP Presentation Day telah diadakan dengan penglibatan seramai 133 pelajar, 8 staf dan juga 19 Panel (Industri yang melibatkan alumni).

Oleh itu, program ini turut dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM dengan kerjasama daripada Pihak Industri.

Program IDP Presentation Day merupakan salah satu platform untuk pelajar IDP untuk membentangkan projek rekabentuk bersepadu kepada panel industri.

Matlamat utama program ini adalah untuk :
1. Menyediakan pelajar ruang untuk berkomunikasi dan berdebat yang berkesan melalui pembentangan di samping memupuk keyakinan diri.
2. Membuka minda pelajar agar cemerlang dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah asas mahupun kompleks dalam industri kejuruteraan awam melalui perbincangan dengan pihak industri.
3. Mengeratkan perhubungan di antara para pelajar dengan pihak industri

Nama Program: IDP PRESENTATION DAY
Tarikh: 22/6/2019
Tempat: FKA, UiTM
Penglibatan: 133 Pelajar, 8 Staf, 19 Panel (Industri yang melibatkan alumni)

Foto berkaitan:

0
0