Honor Talents 2022 Global Design Awards: Sinergi Industri-Akademia Menjulang Legasi Bidang Seni Kreatif Mahasiswa KPSK, UiTM, Melalui Medium Seni Digital

SELANGOR, 6 DISEMBER 2022 – Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar, telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah HONOR Talents 2022 Global Design Awards sebagai satu testimoni sinergi bersama pihak industri iaitu HONOR Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, bertempat di Dewan Berlian, Kampus Puncak Alam. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Encik Justin Li; Pengarah Education Malaysia-Beijing, En. Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif; Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor, Prof. Madya Dr. Badrul Isa; dan Puan Joanne Lim, Pegawai Pemasaran HONOR Malaysia. Majlis juga diserikan dengan kehadiran para pelajar program akademik Seni Reka Grafik dari KPSK Cawangan Melaka, Kelantan dan Perak.

Jalinan kerjasama ini dimulakan dengan penganjuran pertandingan HONOR Talents 2022 Global Design Awards yang melibatkan dua kategori pertandingan iaitu Visual Communication Design dan Art & Technology. Bertemakan Inspire The Future, pertandingan ini merupakan wadah untuk mempamerkan bakat dan hasil karya pelajar melalui rekaan grafik menerusi telefon bimbt dan tablets. Pertandingan ini disertai oleh para pelajar khususnya dari bidang Seni Digital dan Imejan, KPSK, UiTM seluruh Malaysia. Nilai keseluruhan hadiah yang ditaja oleh pihak HONOR Malaysia mencapai RM20000 berbentuk alat dan aksesori peranti digital.

Sejajar dengan konsep branding HONOR Malaysia yang futuristik, kolaborasi KPSK UiTM bersama pihak HONOR Malaysia merupakan satu pengiktirafan akan legasi kreatif mahasiswa KPSK yang mempunyai potensi ke arah prospek seni reka digital yang lestari. Sebanyak 200 penyertaan telah diterima daripada pelajar-pelajar seluruh kampus UiTM terutamanya daripada Program Akademik Seni Reka Grafik, KPSK. Daripada jumlah tersebut sebanyak 160 penyertaan telah ditapis dan melalui proses penjurian yang dijalankan oleh pihak HONOR (Malaysia).

Berikut adalah senarai pemenang

GRAND PRIZE
1. Nurul Hayat Binti Khairuddin, UiTM Puncak Alam
2. Muhammad Rahimi Bin Mohammad Rafie, UiTM Puncak Alam

SECOND PRIZE
1. Nor Hana Fauzin binti Muhammad Fauzi, UiTM Puncak Alam
2. Nurhidayatul Husna Binti Mohd Bazuri, UiTM Melaka

THIRD PRIZE
1. Nur Adlyn Sofea Binti Sherifuddin, UiTM Puncak Alam
2. Nurin Nazihah Binti Abd Gani, UiTM Kelantan

BEST TALENTS
1. Aina Syafiqah Binti Azhar, UiTM Melaka
2. Nur Nadia Binti Baharuddin, UiTM Puncak Alam
3. Amira Qistina Binti Zaidi, UiTM Puncak Alam
4. Athirah Nasuha Binti Mohamad Nor, UiTM Puncak Alam
5. Siti Nordiyanah Syakirah Binti Mohd Nordin, UiTM Puncak Alam
6. Ahmad Taqiuddin Bin Aminuddin, UiTM Puncak Alam
7. Nurul Afiqah Binti Yusri, UiTM Puncak Alam
8. Wan Nur Huda Dini Binti Wan Rawasmunshi, UiTM Puncak Alam
9. Muhammad Rabiulawal Bin Mohd Rani Ee, UiTM Puncak Alam
10. Nurul Nurshilaniza Binti Zamri, UiTM Puncak Alam

Hasrat Prof. Dr. Shahanum Md. Shah, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Seni Kreatif adalah untuk melihat KPSK terus proaktif dalam memastikan momentum kerjasama industri-akademia ini sentiasa rancak khususnya di dalam penglibatan pelajar. Ini adalah untuk terus menjamin kelestarian ekosistem bidang seni kreatif di dalam industri tanah air seterusnya ke arah menjadikan UiTM menjadi sebuah universiti terkemuka Globally Renowned University (GRU2025).