HEP UiTM Menang Teratak Tercantik Sempena Majlis Ramah Tamah Dan Ngiling Tikai Gawai 2019 Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

HEP UiTM Sarawak memenangi Teratak Tercantik Sempena Majlis Ramah Tamah Dan Ngiling Tikai Gawai 2019

KOTA SAMARAHAN, 28 Jun 2019 (Jumaat): Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Sarawak telah memenangi Teratak Tercantik bersempena dengan Majlis Ramah Tamah dan Ngiling Tikai Gawai 2019 Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Peringkat Bahagian Samarahan anjuran Pejabat Residen Bahagian Samarahan.

Majlis ini yang disertai oleh 39 buah Agensi dan Jabatan Kerajaan telah diadakan bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 27 Jun 2019 yang lalu.

Pelbagai acara menarik turut diadakan sempena majlis tersebut antaranya pertandingan teratak tercantik, persembahan nyanyian dan yang paling menarik adalah upacara ngiling tikai yang merupakan simbolik penutupan sambutan Hari Gawai 2019 peringkat Kota Samarahan.

0
0