HEA Cakna 2022 Siri 1 UiTM Cawangan Perlis bersama ‘Mentoring ARs Kumpulan 9’

24 Januari 2022 – Rentetan daripada Aktiviti HEA Cakna 2021 yang dijalankan sebanyak 5 siri, maka bermula aktiviti HEA Cakna 2022 dengan Siri 1 iaitu kerusi banquet lupus yang dibeli semula dengan Unit Stor, Bendahari UiTM Cawangan Perlis untuk diwakafkan ke sekolah Rendah Islam Al-Furqan sebanyak 102 unit.

Pada asalnya, program ini hanya dijalankan di peringkat UiTM Cawangan Perlis sahaja iaitu hasil sumbangan wakaf oleh staf akademik dan diselia serta dibaikpulih oleh staf pentadbiran BHEA, Unit Stor dan juga BPPF. Dalam program siri 1, sumbangan berkumpulan diterima daripada Mentoring ARs kumpulan 9 yang terdiri daripada 20 orang Penolong Pendaftar seluruh sistem UiTM.

InsyaAllah dalam siri berikutnya, HEA Cakna akan berkobalorasi dengan Kelab Kakitangan Akademik (KKA) UiTM Cawangan Perlis bagi sumbangan tilam lupus ke sekolah agama atau tahfiz terpilih. Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pihak pengurusan yang menyokong penuh sehingga program ini dapat di teruskan lagi pada 2022.

Semoga program ini memberikan manfaat kepada yang menerima sumbangan khasnya dan penyumbang amnya.