Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak

Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak

16 November 2019  – Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di bawah penganjuran Pensyarah-Pensyarah Mandarin telah mengadakan  Hari Mandarin  bertempat di Blok A, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.

Program dan aktiviti selama setengah hari  ini telah disertai oleh seramai 140 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma UiTM Sarawak. Antara lain objektif penganjuran ini adalah bertujuan untuk membina frasa Bahasa Cina dengan tulisan Cina.bagi semua peserta selain peserta mendapat pendedahan mengenai cara penulisan kaligrafi dan penggunaan berus Cina (máobǐ) serta dakwat hitam kaligrafi (mòzhī) dengan tepat. Peserta juga diharap dapat menulis karakter Mandarin dengan berus Cina dan dapat meneka kosa kata Mandarin yang diberi melalui pergerakan pasangan mereka.

Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak

Program ini juga diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti  M CARD dimana ia merupakan kad permainan tulisan Cina ciptaan pensyarah-pensyarah UiTM. Kad ini terdiri daripada 60 kad tulisan Cina dimana permainan ini melibatkan 3 atau 4 pemain. Setiap pemain perlu membina frasa Bahasa Cina masing-masing. Pemain yang memperolehi markah tertinggi adalah pemenang permainan ini.

Pertandingan Kaligrafi (shūfǎ) pula mendedahkan pelajar dengan cara penulisan kaligrafi dan penggunaan berus Cina (máobǐ) serta dakwat hitam kaligrafi (mòzhī) dengan tepat. Pelajar juga berpeluang menulis karakter Mandarin dengan berus Cina. Tulisan yang paling cantik berpeluang mendapat hadiah pertama, kedua dan ketiga.

Manakala pertandingan Chinese Vocabulary Game pula memberi pendedahan kepada pelajar untuk bertanding secara berpasangan dalam aktiviti ini dimana mereka perlu meneka kosa kata Mandarin yang diberi melalui pergerakan pasangan mereka dalam pertandingan ini. Melalui program ini peserta diharap dapat memupuk semangat dan minat dalam mempelajari Bahasa Mandarin.

Foto berkaitan:

Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak Hari Mandarin anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Sarawak

0
0