Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Pulau Pinang 2018/2019

Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Pulau Pinang 2018/2019
Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

SEBERANG JAYA, 5 Disember 2019 – Bertempat di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab dan Persatuan 2018/2019 dengan tema ‘Crazy Hats‘ bagi menghargai sumbangan penglibatan para pelajar dalam kelab dan persatuan.

Majlis pada malam tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang. Turut hadir bersama adalah barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri, UiTM Cawangan Pulau Pinang serta Penasihat persatuan kelab dan wakil pelajar.

Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Pulau Pinang 2018/2019

Di dalam ucapan perasmian oleh Tuan Rektor, UiTM Cawangan Pulau Pinang, penglibatan para pelajar merupakan pemangkin kejayaan dalam akademik serta kokurikulum. Beliau juga turut merasa bangga dan gembira di mana para pelajar bukan sahaja turut berjaya dalam akademik malah turut cemerlang di dalam penglibatan aktiviti bersama komuniti dan masyarakat.

Kenyataan beliau telah disokong oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Rozaiman Aziz, Timbalan Rektor HEP di mana penglibatan pelajar turut menyumbang kepada pencapaian Key Performance Index (KPI) pelajar serta menjadi contoh dan menyuntik semangat kepada pelajar baru untuk bergiat aktif dalam kelab dan persatuan.

Foto menarik:

Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Pulau Pinang 2018/2019 Hari Anugerah Kecemerlangan Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Pulau Pinang 2018/2019

1
0