30 Jun 2024 – Seramai 28 orang mahasiswa dan mahasiswi semester 6 dari program Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam bersama 2 orang pensyarah pengiring telah menjalankan aktiviti khidmat Masyarakat di SK Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.
Program ini merupakan suatu inisiatif mahasiswa UiTM Shah Alam dalam mengintegrasikan pembelajaran kursus dan khidmat komuniti untuk memupuk interaksi pelajar dengan komuniti setempat. Penglibatan mahasiswadi dalam program ini dapat memberikan impak positif terutamanya menawarkan khidmat masyarakat dan berkongsi tentang kesedaran menjaga alam sekitar sekaligus menerapkan minat pelajar terhadap bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan kimia serta mendedahkan tentang keseronokkan dalam mengaplikasikan sains dalam kehidupan seharian. Program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu WasteXperts: Waste Free Innovation yang berteraskan unsur reka cipta dan innovasi dengan menggunakan bahan kitar semula. Antaranya adalah Energy Water Pump, Candle Carousel, Wind Turbine dan Car balloon. Model ini dibuat oleh murid-murid SK Sungai Pinang bersama bimbingan fasilitator. Dalam sesi ini, murid-murid didedahkan tentang aplikasi sains dalam kehidupan seharian sekaligus mengasah kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
Seterusnya, program ini diteruskan dengan sesi explorace iaitu Recycling Scavenger Hunt yang berunsurkan tentang amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, sekaligus memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah rope skipping, guess the picture, matching cards, ball toss dan ball escape. Dalam sesi ini, murid-murid didedahkan tentang kesedaran alam sekitar melalui setiap checkpoint aktiviti yang dijalankan.
Melalui program ini, murid-murid, para guru dan pelajar kejuruteraan kimia dapat mengetahui tentang kesedaran menjaga alam sekitar dan aplikasi sains dalam kehidupan seharian. Program ini berjaya dijalankan dan dapat sokongan dengan bantuan dana dari Syarikat MNA Solution Engineering Sdn. Bhd serta tajaan penginapan daripada pihak Salaam Suite Hotel yang berbesar hati menawarkan tempat penginapan yang selesa.