MERBOK, 4 November 2023 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Jawatankuasa Pelajar Non-Residen (JPNR) UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Agensi terlibat termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Amal Kawasan Merbok telah bergabung tenaga dalam usaha bersama untuk mengurangkan kes wabak denggi melalui Gotong- Royong Operasi Cari dan Musnah Wabak Denggi di kawasan perumahan taman lembah bujang. Program ini turut dihadiri Dr. Nor Azrina Mohd Yusof, Timbalan HEP, UiTM Cawangan Kedah.
Dalam usaha untuk mencapai objektif utama operasi ini, iaitu mengurangkan kes wabak denggi dan meningkatkan kesedaran masyarakat, seramai lebih daripada 50 peserta termasuk kakitangan universiti, pelajar, serta penduduk tempatan berkumpul untuk menyertai gotong royong. Operasi ini melibatkan beberapa aktiviti utama yang bertujuan untuk mencari dan membersihkan bahan-bahan terbuang yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, vektor penyebab wabak denggi.
Operasi ini bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, tetapi juga untuk menggalakkan penyertaan aktif komuniti tempatan. Ini merupakan usaha yang sangat penting kerana tanpa sokongan dan kesedaran masyarakat setempat, usaha pencegahan wabak denggi akan sukar untuk dicapai.
Selain daripada membersihkan kawasan, operasi ini juga melibatkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda yang memberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai bahaya wabak denggi serta tindakan pencegahan yang perlu diambil. Kesedaran masyarakat mengenai wabak denggi merupakan langkah awal dalam memerangi penularan penyakit ini.
Kegiatan ini juga berjaya meningkatkan silaturahim di antara pihak penduduk sekitar dengan pihak universiti dan agensi terlibat. Kerjasama yang erat ini adalah penting dalam usaha bersama untuk mengurangkan kes wabak denggi dan menjadikan masyarakat setempat lebih bersedia untuk mengambil tindakan pencegahan.
Operasi cari dan musnah wabak denggi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat, tetapi juga memperlihatkan bagaimana kekuatan gotong royong dan kerjasama boleh membantu melawan wabak yang serius ini. Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk usaha-usaha serupa di tempat lain, dan kita bersama-sama dapat mengurangkan kes wabak denggi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tindakan pencegahan yang perlu diambil.
Galeri Gambar: