Golden Hornbill Drumline (GHD) UiTM Sarawak membolot 2 Kejayaan Marching Band

Golden Hornbill Drumline (GHD) UiTM Sarawak telah dinobatkan Naib Johan di dalam Malaysia Marching Band Championship (MBMC) dan mendapat tempat ketiga di dalam Asia Junior Marching Band Championship (AJMBC) 2019.

Daripada 11 pasukan daripada dalam dan luar negara yang menyertai pertandingan tersebut, GHD UiTM Sarawak berjaya menempatkan diri dan mengatasi pasukan lain. Pertandingan tersebut telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

GHD juga akan terlibat di dalam Kuala Lumpur International Youth Marching Band Championship (KLIYMBC) pada 1-4 Ogos 2019 di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

Foto berkaitan:

1
0