Go Green Pemangkin Kampus Hijau

Program Go Green di Kolej Zamrud Baiduri telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017 sehinggalah sekarang dengan melalui zaman PKP dimana gerak kerja dan langkah-langkah program dilakukan sejajar mengikut garis panduan SOP yang telah diarahkan.

Program Go Green ini juga merupakan satu aktiviti kutipan barang kitar semula seperti plastik, kertas dan juga aluminium. Pelajar telah didedahkan dengan ilmu kitar semula dan kesan kepada ekosistem juga kualiti kehidupan. Program kutipan ini dijalankan pada setiap minggu bermula pada 07 Disember 2022 dengan penyertaan oleh warga kolej Zamrud Baiduri sekurang-kurangnya 100 penyertaan pelajar di lokasi ruangan bawah Kolej Baiduri 1 dan berakhir pada hujung setiap semester dengan kerjasama oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Pihak logistik MPKS akan datang ke kolej kediaman untuk membuat kutipan dan timbangan dengan memberikan pulangan dalam bentuk tunai.

Untuk program pada Sesi Okt 2022 – Feb 2023, pihak urusetia telah melibatkan penyertaan bersama program Hikers With ZB V2 dimana para pelajar turut mengutip sampah yang ada di sepanjang perjalanan pendakian. Selain daripada itu juga, pihak urusetia progam telah menjalinkan kerjasama dengan Kolej Rafflesia untuk sama-sama menyertai aktiviti go green ini.

Program kutipan dengan kerjasama pihak MPKS berlansung pada 12 Januari 2023 jam 9 malam bermula di Kolej Rafflesia terlebih dahulu dan berakhir di Kolej Zamrud Baiduri pada pukul 11 malam. Program kutipan barangan kitar semula untuk kali ini telah berjaya mengumpulkan timbangan kertas sebanyak 128kg, plastik campuran 98kg dan aluminium sebanyak 1kg menjadikan berat keseluruhan barangan kitar semula adalah berjumlah 227kg.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) diatas kerjasama yang terjalin selama ini dan program ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah MPKS sendiri iaitu Tuan Pengarah Jefriee Bin Ab Manaf pada 01 Julai 2022 diiringi oleh Timbalan Rektor Hep Prof. Madya Dr. Badrul Isa dan Pengetua Kolej ZB dan Rafflesia Prof. Madya Ts.Dr.Sabaianah Binti Bachok.

Ucapan tahniah diberikan kepada Saudari Nurul Auni Izzati Binti Johan selaku pengarah program Go Green Kolej Zamrud Baiduri, Saudari Alya Zahirah Binti Azham pengarah program kitar semula Kolej Rafflesia juga kepada semua gerak tenaga kerja JPK Kolej ZB dan Kolej Rafflesia khususnya kerana berjaya mencapai matlamat program. Program ini diharap akan dapat diteruskan dan diluaskan lagi pada semester yang akan datang dengan penyertaan oleh warga kolej UiTM Puncak Alam yang lain bagi merealisasikan Konsep Kampus Hijau.