Gilap Potensi Komunikasi Anda di MLO 2019

Modern Language Olympiad (MLO 2019) anjuran Akademi Pengajian Bahasa (UiTM) akan berlangsung dari 29 Oktober hingga 2 November 2019, di UiTM Shah Alam.

Pertandingan yang disertai oleh pelajar universiti dalam dan luar negara ini merupakan medan untuk memperkasa kemahiran dan kompetensi pelajar berkomunikasi sebagai persediaan memasuki alam perkerjaan.

Lima acara yang dipertandingkan ialah Speech, Idea Pitching, Strategic Storytelling, Versatile Presenting dan Radio Drama, dan akan dikendalikan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Para pelajar bukan sahaja berpeluang menyertai pertandingan, malah berpeluang menjalin persahabatan dengan pelajar dari universiti dalam dan luar negara.

Semua fakulti dijemput menyertai pertandingan ini.

Nantikan informasi pertandingan diwar-warkan tidak lama lagi!

0
0