MACHANG, 29 Disember- Projek ini dilaksanakan atas dasar untuk menjamin kebajikan pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang memerlukan tidak mengira latar belakang pendapatan pelajar tersebut. Projek ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan sesi 2021/2022 dengan kerjasama Kindness Malaysia. Dalam masa yang sama, projek ini telah mewujudkan satu platform buat semua warga UiTM untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Gerobok Rezeki menggunakan konsep berkongsi rezeki dengan meletakkan apa jua keperluan pelajar sama ada makanan, minuman, alatan kebersihan, dan sebagainya di dalam almari yang disediakan di Pusat Pelajar UiTMCK. Selain itu, kita juga menerima sumbangan tetap pada setiap bulan oleh pihak Kindness Malaysia dan kita juga menerima sumbangan berbentuk wang yang disalurkan ke dalam akaun bank rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan. Oleh itu, semua pihak berpeluang untuk membantu pelajar yang sedang memerlukan. Selain itu, food-drive juga diwujudkan dengan membawa sumbangan daripada gerobok rezeki kepada pelajar yang terjejas banjir pada baru-baru ini.