GEROBOK BEVA KEMBALI LAGI SEMPENA ASCAR FSPPPPRENEURSHIP DAY 2024

SEREMBAN,17 Mei 2024 – Persatuan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (BEVA) bersama-sama pihak MASMED Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah bersama-sama menganjurkan program ASCAR FSPPPPRENEURSHIP DAY 2024. Sempena program tersebut, Gerobok BEVA turut membuka gerai jualan barangan terpakai yang diadakan dari 13-16 Mei 2024 bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar UiTM Kampus Seremban. Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan cara hidup secara lestari dikalangan warga FSPPP dan UiTM Kampus Seremban dengan memanfaatkan penggunaan barangan yang boleh dikitar semula.

Program kali kedua ini masih mengekalkan corak jualan dan strategi promosi yang sama disamping memberikan barangan terpakai secara percuma bagi mengelakkan ianya dibuang ditempat pembuangan sampah. Jualan barangan yang didermakan oleh pensyarah FSPPP menjadi salah satu daya tarikan Gerobok BEVA yang menawarkan barangan berkualiti pada harga mampu milik. Di samping itu juga, pameran jualan Gerobok BEVA ini telah menarik perhatian beberapa pelajar antarabangsa daripada Indonesia yang turut membeli barangan yang dijual. Di samping itu, Gerobok BEVA telah mendapat pujian daripada Dekan FSPPP bersama tetamu kehormat yang turut berkunjung digerai jualan mereka.

Hasil daripada jualan pre-loved tersebut, persatuan BEVA telah berjaya menjana pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang berteraskan kepada SDG. Secara keseluruhannya, program ini telah memenuhi keperluan dua SDG yang utama iaitu SDG8 (Decent Work and Economic Growth), dan SDG12 (Responsible Consumption and Production). Program ini juga menepati pencapaian PI038 (Jumlah program berkaitan nilai-nilai ESI-iDART), serta PI MASMED dalam melahirkan Pelajar Usahawan yang menjalankan perniagaan di kampus dan fakulti. Namun yang paling penting, program ini telah berjaya mewujudkan kesefahaman dikalangan warga fakulti untuk sama-sama mewujudkan alam sekitar yang lebih mampan melalui aktiviti-aktiviti kitar semula melalui aktiviti keusahawanan.