Fullback FKA Shamir Roslan Juara Liga Diamond 1 Ragbi Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) 2018

Atlet elit Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Shamir Roslan yang mewakili pasukan KL Tigers

Date: Februari – April 2018
Venue: Padang Webley SMSS, Kuala Lumpur.

Syabas diucapkan kepada kejayaan atlet elit Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Shamir Roslan yang mewakili pasukan KL Tigers turut mengharumkan nama fakulti dan UiTM setelah berjaya menjuarai Liga Ragbi KRS bagi Diamond 1 yang bermula pada Februari sehingga April baru-baru ini di Padang Webley SMSS, Kuala Lumpur.

Shamir Roslan beraksi di Liga Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Diamond 1 2018

Tahniah dan semoga terus cemerlang dalam sukan dan pelajaran ucapan semangat daripada Prof Zakiah Ahmad, Dekan FKA dan semua warga FKA kepada pelajar ini. Selain daripada kejayaan ini, Shamir juga merupakan pelajar semesta 6 yang amat cemerlang dalam pelajaran. Shamir juga menerima Anugerah Dekan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Dekan, Anugerah Dekan dan Sukan FKA 2018 yang berlangsung pada 23 Mei 2018 di Dewan Sri Budiman(DSB), UiTM Shah Alam.

Kejayaan saudara Shamir ini juga membuktikan bahawa seorang pelajar yang aktif dalam sukan juga mampu cemerlang dalam pelajaran. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk aktif dalam sukan dan cemerlang dalam pelajaran, menurut penasihat sukan fakulti, Dr Norrul Azmi Yahya yang juga merupakan atlet dan jurulatih tenis pasukan staf SUKUM, UiTM.

Info tambahan: Maklumat Liga KRS 2018

 

0
0