FSKM Juara Keseluruhan Pertandingan Idea Unggul@UiTM 2020

18 Disember 2020  merupakan hari Majlis Penyampaian Anugerah untuk Pertandingan Idea Unggul@UiTM 2020 yang diadakan di Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Debaran yang dinanti-nantikan sekian lama iaitu pengumuman pemenang Pertandingan Idea Unggul@UiTM 2020. Hari penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Sebelum itu, pada 5 November yang lalu pertandingan tersebut telah dianjurkan secara langsung menggunakan platform Webex Meet  bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Penyertaan untuk pertandingan tersebut adalah seramai 60 kumpulan dari seluruh kampus UiTM.

Juara terbaik keseluruhan dimenangi oleh kumpulan Young Blaze dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Kumpulan ini terdiri daripada Dr Muhammad Izzad Ramli (Ketua), Maslina Abdul Aziz dan Muhammad Azizi Mohd Ariffin dengan tajuk “KitaFSKM: Aplikasi Mudah Alih Untuk Penyebaran Maklumat Secara Pantas di Kalangan Pelajar Bagi Mengekang Penularan COVID-19”.

Selain itu, terdapat beberapa lagi anugerah seperti yang disenaraikan:

ANUGERAH TERBAIK INOVASI SOSIAL (

Kategori : PENCIPTAAN

  1. KUMPULAN NORTH PEARL ’20 – UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
  2. KUMPULAN TWO S – UiTM CAWANGAN PERLIS
  3. KUMPULAN SURIA – UiTM CAWANGAN KEDAH

Kategori : PENAMBAHBAIKAN

  1. KUMPULAN INNO SQUAD – UiTM CAWANGAN SARAWAK

ANUGERAH TERBAIK INOVASI PENGURUSAN

Kategori : PENCIPTAAN

  1. KUMPULAN YOUNG BLAZE – FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
  2. KUMPULAN AUXI TEAM – UiTM CAWANGAN PERAK
  3. KUMPULAN UITMCM-STC – UiTM CAWANGAN MELAKA

Kategori : PENAMBAHBAIKAN

  1. KUMPULAN PETABYTE – UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
  2. KUMPULAN MIM UITM PAHANG – UiTM CAWANGAN PAHANG
  3. KUMPULAN I-CLIQUE – PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK

ANUGERAH TERBAIK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kategori : PENCIPTAAN

  1. KUMPULAN XEOMETRIA – UiTM CAWANGAN JOHOR
  2. KUMPULAN R’VOLUTION – UiTM CAWANGAN PERAK
  3. KUMPULAN PAPIT – UiTM CAWANGAN PERLIS

Kategori : PENAMBAHBAIKAN

  1. KUMPULAN OHIM – UiTM CAWANGAN PERAK
  2. KUMPULAN IM-VATIVE – UiTM CAWANGAN KELANTAN
  3. KUMPULAN CIVGU MURNI – UiTM CAWANGAN JOHOR

HADIAH KREATIF

  1. KUMPULAN YOUNG BLAZE – FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
  2. KUMPULAN PETABYTE – UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
  3. KUMPULAN R’VOLUTION – UiTM CAWANGAN PERAK
  4. KUMPULAN PAPIT – UiTM CAWANGAN PERLIS
  5. KUMPULAN INNO SQUAD – UiTM CAWAGAN SARAWAK
  6. KUMPULAN CIVGU MURNI – UiTM CAWANGAN JOHOR
  7. KUMPULAN AUXI TEAM – UiTM CAWANGAN PERAK
  8. KUMPULAN PRO6IX – UiTM CAWANGAN KELANTAN
  9. KUMPULAN EPSILON – FAKULTI SAINS GUNAAN
  10. KUMPULAN AKAL – UiTM CAWANGAN PERLIS

Menurut Ketua Inovasi dan Kreatif, Ts Dr Nor Hanisah Mohd Hashim, penjurian terbahagi kepada 3 bidang iaitu bidang Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan dan Sosial. Pertandingan ini adalah untuk kelangsungan pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dikalangan warga UiTM. Selain itu, ianya juga menyemarakkan semangat berinovasi di kalangan warga UiTM. Menggalakkan penghasilan inovasi yang berimpak tinggi serta bernilai komersial juga merupakan salah satu daripada objektif pertandingan ini. Syabas dah tahniah kepada semua pemenang.