FSKM dan Industri Bergabung Tenaga di Postgraduate Research Symposium 2022 (PEERS’22) Series II

Postgraduate Research Symposium 2022 (PEERS’22) Series II ialah simposium yang dianjurkan khusus untuk para pelajar pascasiswazah bidang Sains Pengkomputeran di Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Berlangsung pada Sabtu, 23 Julai 2022, simposium yang telah diadakan di Kompleks Alkhawarizmi, UiTM Shah Alam telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik FSKM, Prof. Madya Dr Norjansalika Janom.

Penganjuran simposium ini adalah hasil anjuran bersama empat Pusat Pengajian Sains Pengkomputeran FSKM yakni Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Teknologi Komputer dan Perangkaian, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat serta Pusat Pengajian Sistem Maklumat.

Simposium ini bertujuan membuka peluang kepada para pelajar pascasiswazah membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka di samping mendapatkan pandangan daripada wakil-wakil industri mengenai kajian dalam bidang pengkomputeran yang menjadi trend dan kehendak pasaran masa kini. Seterusnya, panel industri juga akan menilai hasil kajian tersebut dan memberikan maklumbalas atas setiap kajian yang dihasilkan. Antara wakil industri yang terlibat di dalam penilaian tersebut adalah dari MIMOS Berhad, Maybank Berhad, Dattel Sdn Bhd, Top Glove Corporation Berhad dan Celcom Axiata Berhad. Terdapat juga wakil agensi kerajaan yang terlibat antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Simposium ini turut mengadakan majlis ilmu melalui dua (2) sesi ceramah perkongsian bertemakan keselamatan siber dan kepintaran buatan. Ceramah Sesi I telah disampaikan oleh Encik Mohammed Fadzil Haron, wakil dari salah satu Institusi Kewangan yang terkemuka di negara ini. Ceramah beliau bertajuk “Understanding a Cloud MFA Attack, and the Thought Process of Proactively Securing It” telah memberi banyak pengetahuan dan kesedaran dalam pentingnya perlindungan data yang disimpan oleh teknologi awan.

Ceramah Sesi II telah disampaikan oleh Encik Avinnaash Suresh yang berpengalaman luas di dalam bidang Sains Data. Tajuk ceramah beliau “Artificial Intelligence (AI): Past, Present and Future” menekankan kemampuan teknologi AI di dalam penyelsaian pelbagai masalah pada masa lalu dan akan datang.

Simposium ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Prof. Madya Ts. Dr Nor Shahniza Kamal Bashah selaku Pengerusi Program dan Prof. Madya Dr Mohamad Yusof Darus selaku Timbalan Pengerusi, kepada lapan (8) projek penyelidikan yang berpotensi.

Sekalung terima kasih dan penghargaan kepada semua wakil industri yang terlibat:

• Mohammed Fadzil Haron dan Mohd Sabry Mohd Safiq dari Maybank Berhad
• Hazrul Hamzah, Awangku Ezlyman Bin Awangku Kasumajaya dan Adnan Mohd Shukor dari Celcom Berhad
• Mohd Shahrydan bin Mohd Azmy dari Deleum Berhad
• Nazman Ahmad dari Ozaz (M) Sdn Bhd
• Izman Haidi Mohd Ibrahim dari Bluesify Solutions Sdn Bhd
• Mohd Shahril Hussin dari Standard Chartered Global Business Services Sdn. Bhd
• Ts Nor Faiz Muhammad Noor dari Bintara Solutions Sdn Bhd
• Lt Kol Rajeshwari a/p VM Venugopal dari MALAYSIAN ARMED FORCE
• Mohd Yusof Abu Samah dan Aidi Rahayu Abdul Majid Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
• Siti Rohaya Mahat dari Freelancer
• Chuah Boon Kai Dattel dari Sdn. Bhd.
• Mohamad Nizul Zaim Bin Anuar dari Lapasar Sdn Bhd
• Tengku Nurulhuda binti Tengku Abd Rahim dari MIMOS Berhad
• Taib Ziad Mohamad dari Roche (M) Sdn Bhd
• Ts. Mohd Rizal Bin Haji Atan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
• Nurhafizah Musa dari Smartcore Digital Sdn Bhd
• Norhasyimah binti Asmungi dari Datacom Systems (Asia) Sdn. Bhd
• Shamsul Bahri bin Yusoff dari Digital Nasional Berhad
• Syamsul Faizal Ahim dari Google
• Taufiq dari IX Global Services Sdn Bhd
• Avinnaash Suresh dari Top Glove Corp Bhd
• Ahmad Hishamuddin Mohammed Salleh dari Dagang NeXchange Berhad
• En. Mohd Dzulkaedah Zaharuddin dari Sime Darby Property
• En Mohd Syamim bin Yusof dari KWAP
• En Elmi Haryadi dari Luxtag
• Norazlizam Bin Abd Wahid dari NXP semiconductor (M) Sdn Bhd