From Lab To Market! GEz- Customizable Game Based Learning

26 Julai 2019 – Bengkel GEz- Customizable Game Based Learning telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama syarikat MASDAR TECHNOLOGIES . GEz konsep yang berteraskan permainan digital untuk sistem pendidikan berdasarkan Gloom’s Taxonomy telah dibangunkan oleh Mohd Ikhmal Hanif Abdul Khalid pensyarah Fakulti Farmasi UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Pensyarah tersebut telah dijemput untuk membuat bengkel dan menjadi penasihat di dalam membangunkan GEz-Electronic Instrumentation & Process Control untuk UniMAP.

Bengkel tersebut turut dihadiri oleh pelajar PhD, sarjana muda, diploma, pensyarah UniMAP bidang elektronik. Sekolah pondok al-Gondori turut menghantar wakil untuk program tersebut.

Proses pertukaran teknologi telah berjaya dilakukan dengan pembangunan permainan digital “GEz-Electronic Instrumentation & Process Control” untuk pelajar UniMAP dan kini telah berapa pada tahap 25% kesempurnaan.

En. Mohd Ikhmal Hanif boleh dihubungi di mohdikhmal@uitm.edu.my untuk sebarang perkhidmatan GEz- Customizable Game Based Learning.

Foto berkaitan:

1
0