FPHP UiTM Pulau Pinang merangkul Anugerah Kajian Kes Kedua Terbaik di Konvensyen ABEM 3.0

FPHP UiTM Pulau Pinang merangkul Anugerah Kajian Kes Kedua Terbaik di Konvensyen ABEM 3.0

9 Feb 2020 – Dua pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Dr. Nur’Hidayah Che Ahmat dan Dr. Suria Sulaiman, telah berjaya memenangi Anugerah Kajian Kes kedua terbaik dengan tajuk kajian kes: “Managing Holistic Halal Concept and Business Expansion Challenge: The Case of Dandy Modern Food, Malaysia” di Konvensyen ABEM 3.0. Konvensyen ini telah  diadakan selama tiga hari bermula 7hb Februari 2020, di Copthorne Hotel, Pulau Pinang. Seramai 28 orang ahli akademik dari universiti-universiti zon utara telah menghadiri konvensyen ini.

Program Executive Certificate in Advanced Business and Entrepreneurship Management anjuran Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Teknologi Malaysia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini mempunyai tiga fasa. Dalam Fasa Pertama, peserta perlu menghadiri bengkel intensif selama lima hari berturut-turut dimana peserta diajar mengenai elemen-elemen penting dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

FPHP UiTM Pulau Pinang merangkul Anugerah Kajian Kes Kedua Terbaik di Konvensyen ABEM 3.0

Dalam Fasa Kedua, peserta dikehendaki mengenalpasti dan menjalankan satu kajian kes mengenai perusahaan kecil dari aspek “Business Sustainable Development”. Selain daripada menjalankan kajian kes, peserta perlu menyediakan “teaching note” yang akan digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Fasa Ketiga pula adalah konvensyen kajian kes dimana peserta membentangkan hasil dapatan kajian kes mereka kepada panel-panel penilai. Daripada 13 kajian kes yang dibentangkan, tiga kajian kes telah dipilih sebagai kajian kes terbaik dan memenangi hadiah berupa wang tunai serta sijil.

FPHP UiTM Pulau Pinang merangkul Anugerah Kajian Kes Kedua Terbaik di Konvensyen ABEM 3.0

Penyertaan daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah seramai empat orang pensyarah iaitu Dr. Nur’Hidayah, Dr. Suria Sulaiman, En. Azuan Tukiar, dan En. Rashid Salleh. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran tenaga pengajar serta pembimbing program keusahawanan di institusi pengajian tinggi awam. ABEM merupakan antara inisiatif pelaksanaan kepada Dasar Pembangunan Keusahawanan Pengajian Tinggi yang dilancarkan pada tahun 2010.