27 Mei 2022, Jumaat – Program Kejururawatan UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan sesi Forum bersempena sambutan Hari Kejururawatan Sedunia 2022. Tema sambutan hari kejururawatan sedunia pada tahun ini adalah Nurses: A Voice to Lead: Invest in Nursing and Respect Right to Secure Global Health. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakuliti Sains Kesihatan, Ts Dr Wan Ismahanisa Ismail.
Program bercorak forum ini telah menjemput 3 panel bagi bersama terlibat dalam perbincangan isu semasa kejururawatan. Antara panel yang dijemput adalah Puan Fakriah Mat Hashim; Pengarah dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Alor Setar dengan topik How to be a successful new graduate nurse. Panel jemputan kedua adalah wakil dari Malaysian Nurses Association (MNA) iaitu Matron Gursharan Kaur Mahinder Singh (The development of Nursing Service in Malaysia) dan panel terakhir adalah dari Encik Johari Bin Jaakop @ Yaakob dari Malaysian Male Nurses dengan topik – Nursing: A step into the future. Keynote speaker adalah jemputan istimewa dari UiTM Caw. Selangor, Kampus Puncak Alam bagi membuka majlis forum iaitu Koordinator Program Kejururawatan UiTM, Dr Siti Khuzaimah Ahmad Sharoni yang mengulas satu persatu tema sambutan hari jururawat pada tahun ini.
Program yang bermula tepat jam 9 pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan UiTM di hatiku, disusuli dengan bacaan doa dan ucapan keynote speaker. Moderator bagi sesi forum adalah Pensyarah Kejururawatan UiTMCPP, Puan Mazriyana Md Kassim. Kehadiran peserta secara fizikal hampir 200 orang dan peserta atas talian hampir 300 orang. Antara peserta program yang di jemput adalah dari ILKKM Bertam (Kejururawatan) seramai hampir 25 orang termasuk barisan staf kolej.
Acara gimik lain dari kebiasaan di mana pelajar yang ingin bertanya soalan tiba-tiba sahaja rebah dan disusuli dengan kemasukan kek Happy Nurses Day dari luar dewan telah mengamatkan suasana. Acara tamat dengan makan tengahari bersama panel dan tetamu jemputan. Ini adalah kali pertama penganjuran program melibatkan jemputan panel dan peserta luar setelah hampir 2 tahun tidak dibenarkan untuk mengadakan majlis secara bersemuka.
Impak program ini adalah di mana pada masa akan datang, kerjasama akan di panjangkan dengan melibatkan aktiviti yang lebih menarik semasa sambutan Nurses Day dan jemputan peserta dijanka akan diluaskan kepada beberapa kolej-kolej swasta yang berada di sekitar Pulau Pinang.