KOLEJ MELATI – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Melati sesi 2022/2023 UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kelab Envoch dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menjalankan satu forum akademik bertajuk ‘Microplastic: Silent Killer in Nature’ di Dewan Platinum Kolej Melati pada 17 Jun 2022. Forum ini turut mendapat tumpuan dari pihak Jabatan Alam Sekitar, Selangor.
Forum “Microplatic: Silent Killer in Nature” ini merupakan anjuran Exco Akademik, Siti Noranisah Zaini bersama Penasihat Program, Puan Nur Idzhainee Hashim untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang ilmu pengetahuan yang selari dengan kecemerlangan akademik dan kecemerlangan kepimpinan serta usaha kepada kelestarian alam semulajadi. Forum ini telah menampilkan dua orang panel yang hebat iaitu Puan Zuraini Ahmad Tajudin (Pengarah Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar) dan Dr Sarva Mangala Praveena (Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, UPM).
Seramai 300 orang peserta terdiri daripada barisan Jawatankuasa Pewakilan Kolej Melati, Kelab Envoch dan Srikan Melati telah menyertai dan menjayakan forum ini. Program Akademik ini turut mendapat sokongan daripada Pengetua Kolej Melati, Profesor Madya Dr Nor Aizam Adnan dan barisan Staf Residen Kolej Melati. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berintelektual tinggi selain menjadikan mereka sentiasa peka, lebih sedar, bertanggungjawab dan meningkatkan sikap yang lebih prihatin di dalam semua perkara terutamanya dalam meningkatkan kelestarian alam sekitar. Forum ini juga turut menyokong Sustainable Development Goals yang ke 4 iaitu “Quality Education” dan 13 “Climate Action”.
Pengarah Program, Siti Noranisah berkata: “Forum Microplatic: Silent Killer in Nature’, merupakan forum yang memberi impak yang besar kepada masyarakat. Kajian menunjukkan majoriti mikroplastik sangat berbahaya dalam tubuh badan manusia dan juga kepada alam sekitar. Seperkara lagi, program ini juga merupakan salah satu inisiatif pihak kolej bagi menjadikan kolej kediaman Melati sebagai Second Learning Centre bagi melahirkan mahasiswi yang celik minda. Justeru, beliau berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang”.