FORUM KERJAYA: CABARAN SEMASA DAN PELUANG PEKERJAAN DALAM PERNIAGAANTANI

Forum Kerjaya: Cabaran Semasa dan Peluang Pekerjaan dalam Bidang Perniagaantani telah diadakan pada Rabu, 24 Mei 2023 bertempat di Auditorium, Blok Kuliah UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Agribusiness, Fakulti Perladangan Agroteknologi (FPA) ini bertujuan untuk membincangkan cabaran dan peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan tani. Ini akan meningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya dalam pertanian dan perniagaan tani serta memberikan maklumat terkini tentang cabaran dan tren dalam sektor ini.

Forum ini juga menyediakan peluang untuk membangun rangkaian profesional dan mendapatkan inspirasi dari alumni DPIM yang telah berjaya dalam bidang ini iaitu Encik Mohd Rawi bin Othman sebagai pengasas Online Jer Marketing dan Encik Mohd Zuhairi Sabri sebagai Pengarah Syarikat Dynamic Fair View Sdn.Bhd. Selain itu, forum ini juga menjadi platform untuk membahas isu-isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh sektor perniagaan tani seperti perubahan iklim, kekurangan tenaga kerja, pembiayaan, dan teknologi pertanian. Dengan tujuan-tujuan ini, forum ini juga memberikan manfaat yang signifikan kepada peserta terutama dalam mempromosikan perkembangan dan inovasi dalam sektor ini. Program ini juga dihadiri warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, komuniti dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Universiti Melaka (UNIMEL) dan Universiti Muhammadiyah (Indonesia).

Program ini telah dijalankan secara hybrid dimana terdapat panel jemputan dari Indonesia iaitu Encik Gema Wibawa Mukti, pensyarah dari Universiti Padjajaran Indonesia dan mahasiswa dari Univerisiti Muhammadiyah, Indonesia yang turut mengikuti program di platform Webex. Forum ini memberikan platform untuk berdiskusi mengenai perubahan iklim, kekurangan tenaga kerja, pembiayaan, teknologi pertanian dan hambatan lain yang mempengaruhi sektor perniagaan tani. Program ini diharapkan dapat membantu peserta dalam memahami isu utama yang mempengaruhi perniagaan tani seperti perubahan iklim, kemampanan, kekurangan sumber, dan dasar pertanian terkini.