FKK Raikan Graduan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91

Norhafizah binti Sakrani dari Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia dan Bioproses

SHAH ALAM:  7 Oktober 2019 – Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA melakar sejarah dengan jayanya menganjurkan sesi “Meet and Greet” Bersama dekan bagi meraikan para graduan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91.  Seramai 106 graduan telah menerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda pada sidang ke 5.

Norhafizah Sakrani bersama para pensyarah dan rakan-rakan

Sesi bergambar diadakan bersama graduan dan para pensyarah. Istiadat Konvokesyen Kali ini menyaksikan kejayaan yang hebat buat Saudari Norhafizah binti Sakrani dari Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia dan Bioproses apabila berjaya merangkul Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2019 (Anugerah Cemerlang Pharmaniaga 2019) disamping mmemwa pulang tiga lagi Anugerah Naib Canselor, Anugerah Siswazah Terbaik Fakulti dan Anugerah Siswazah Terbaik Program.

1
0