FKK berjaya anjur International Occupational Safety (IOS) Half Marathon

SHAH ALAM: Program International Occupational Safety (IOS) Half Marathon anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan kerjasama NIOSH di kampus UiTM Shah Alam, berjaya diadakan hari ahad 28 April 2019.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye dan berkata, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak itu akan membolehkan mereka memberi kesedaran kepada seluruh rakyat memahami kepentingan KKP untuk dijadikan budaya hidup mereka.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Madya Dr Mohd Fozi Ali , Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman dan Setiausaha Eksekutif NIOSH, Mej (B) Hanif Maidin.

“Ia bersesuaian tema sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini, iaitu ‘Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pada Masa Depan’, di mana kita perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja muda atau belia,” katanya.

Penganjuran IOS Half Marathon pula, beliau berkata, ia diadakan sempena sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja pada setiap 28 April atau lebih dikenali sebagai ‘World Osh Day.’Program hari ini amat signifikan kerana ia menunjukkan peningkatan tahap kesedaran warga universiti mengenai kepentingan aspek KKP,”

Program itu membabitkan tiga kategori larian, iaitu 21 kilometer (km), 10km dan 5km, manakala peserta larian boleh memperoleh lima mata bawah Program Pendidikan Berterusan (CEP) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.  Penaja Utama bagi Program ini terdiri daripada Niosh, Serba Dinamik, MBSA , Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)

Foto berkaitan:

0
0