FKA UiTM terajui inisiatif program OBOR dengan China

Pada 25 Julai 2018, Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan satu forum  antarabangsa bertajuk One Belt One Road (OBOR) Forum 2018 bertempat di bilik Al Jazari Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam. Forum ini merupakan forum bersifat akedemik dan jalinan antarabangsa antara UiTM dengan Universiti dari negara China iaitu Chang An University. Program ini merupakan program kerjasama diantara pihak Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam dengan  pihak China Comunication Construction (CHEC) Sdn Bhd.

Program ini telah dihadiri oleh lebih dari 50 orang peserta yang terdiri dari pensyarah dan pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Chang An University. Forum ini telah dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohd Fadzil Arshad dan ahli panelnya terdiri dari En Lin Yong Chiang wakil dari China Comunication Construction (CHEC) Sdn Bhd, Professor Hamidah Mohd Saman Wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan En Jia LiBo wakil dari Chang An University of China.

Forum ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan inersiatif OBOR, kepentingan, peluang dan cabaran Malaysia-China dalam perlaksanaan program OBOR ini. Selain dari membincangakan isu OBOR ini, para peserta juga telah diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan soalan kepada ahli panel berkaitan dengan program OBOR ini. Hasil dari sessi forum satu resolusi telah dibuat dimana Malaysia perlu bersedia untuk menjalinkan kerjasama dan bersedia merebut peluang dari inisiatif OBOR yang sedang diusahakan oleh kerajaan China ini.

Selain dari sessi Forum, peserta forum juga telah dibawa untuk mengikuti sessi lawatan Kampus UiTM Shah Alam, sessi lawatan Makmal-makmal kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam, sessi demonstrasi Ujian Mampatan Batu Bata, sessi interaktif dua hala pelajar Malaysia dan pelajar Chang An University.

Program ini ditutup dengan majlis makan Malam yang diadakan di Bilik Sebgaguna Fakulti Kejuruteraan Awam bagi meraikan semua para peserta Forum OBOR 2018. Majlis makan mala mini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam, Profesor Dr Zakiah Ahmad. Didalam majlis ini, para peserta Forum OBOR 2018 telah menerima sijil kehadiran dan cenderamata yang disampaikan oleh  Miss Fu Lijun wakil dari Chec Consturction (M) Sdn Bhd dan Prof Dr Zakiah Ahmad. Makan malam ini telah ditaja oleh pihak Chec (M) Sdn Bhd .

 

0
0