Fingertips Towards World Records

BAKAL HASILKAN BEG TERBESAR DAN SOFA TERPANJANG DI DUNIA, 100 PELAJAR FSSR BERGABUNG TENAGA.

Orang awam dijemput untuk menyaksikan penghasilan beg terbesar di dunia yang boleh memuatkan 2 buah kenderaan Myvi serta sofa terpanjang di dunia yang akan berlangsung pada 09 April 2015 di Auditorium, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka(FSSR), UiTM Shah Alam dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

Seramai 60 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Tekstil dan 40 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Fesyen terlibat sebagai sukarelawan dalam merealisasikan projek ini.

Menurut Pengarah Projek yang merupakan pensyarah kanan FSSR, Puan Elliza Hashim, projek ini adalah merupakan kerjasama antara FSSR, Epal Training Centre, dan Jabatan Penjara Malaysia.

Bertemakan ‘From Fingertips Towards World Records’ projek ini dijangka akan memecah rekod dunia dengan penghasilan beg terbesar dan sofa terpanjang yang menggunakan media fabrik daripada pakaian serta denim dan melibatkan 30 unit mesin jahit yang akan disediakan oleh pihak Epal Training Centre. -gesturz

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, hubungi Bahagian Penyelidikan & Jaringan FSSR – Dr. Norfadilah Kamaruddin ( Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan, FSSR ) / Puan Noorazean Kamaruddin ( Penolong Pendaftar – Penyelidikan & Jaringan ) +603 5543 8460.

“KREATIVITI DIRAIKAN DI SINI”
“WHERE CREATIVITY IS CELEBRATED”

0
0