FIESTA LINGUA 2016

Akademi Pengajian Bahasa (APB) akan menganjurkan program FIESTA LINGUA 2016 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 November 2016 (Jumaat)

Masa: 8:30 pagi – 4:30 petang

Tempat: Akademi Pengajian Bahasa (APB)

Acara yang akan diadakan:

Derma Darah

Seramai 10 orang staf dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah akan menyelia proses derma darah dengan menyediakan 12 buah katil/kerusi pada hari tersebut. Sasaran pihak hospital adalah sekurang-kurangnya 100 orang penderma.

Charity Bazaar

Menerima semua bentuk sumbangan termasuk duit, barang keperluan harian, barang keperluan rumah, pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Flea Market

Gerai-gerai yang menyediakan pelbagai jenis barang jualan termasuk barang-barang “preloved”, tudung, minyak wangi, alatan solek, dan pelbagai juadah makanan yang merangkumi aneka kek, kek lapis Sarawak, spageti, salad kentang, ais krim, “waffle”, donat dan minuman.

Sesi Penataan Imej dan Personaliti (Grooming Session) (10 pagi – 12 tengah hari)

Oleh Perunding Imej Korporat, En Nizar Jali dari EZ XCELL CONSULTING.

Semua warga UiTM Shah Alam dijemput hadir bagi memeriahkan lagi FIESTA LINGUA 2016.

Nota:

  1. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan bagi Charity Bazaar boleh berhubung dengan Cik Amirah Ahmad di +6012 735 5147

AJK Promosi
Fiesta Lingua 2016