Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTMCS Meraih Kejayaan Berganda di Sarawak Borneo Tenpin Bowling Championship 2019

Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTMCS menang berganda di Sarawak Borneo Tenpin Bowling Championship 2019

9 Julai  2019, KOTA SAMARAHAN (UiTM Sarawak) :- Seorang pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak (UiTMCS), Mohd Zuhayr Redza bin Noor Azrul (Diploma Pengajian Sukan) baru-baru ini telah berjaya melakar kejayaan berganda apabila berjaya menjadi Johan untuk 2 kategori iaitu  Open Category dan Graded Category serta mendapat tempat ketiga bagi Youth Category bersempena dengan Sarawak Borneo Tenpin Bowling Championship 2019.

Kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 4 Julai 2019 hingga 7 Julai 2019 bertempat  di Megalanes Sarawak, Batu Kawah Kuching. Beliau merupakan pelajar semester 2 Diploma Pengajian Sukan, UiTM Sarawak.

Foto-foto berkaitan:

0
0